Pembukaan Akaun Cimb @ Nadi
7 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 6 November 2025, Staf NADI berkerjasama dengan pihak CIMB Bank Berhad untuk mmembuka kaunter Pembukaan Akaun CIMB yang diadakan di NADI Batas Lintang. Selain membuka akaun CIMB, komuniti juga boleh membuka akaun perniagaan, loan dan, ASNB dan sebagainya berkenaan dengan simpanan wang kepada pegawai bank yang terlibat semasa program tersebut dijalankan.
Selain itu, cabutan bertuah juga diadakan selepas peserta selesai membuat pendaftaran ahli NADI dan pembukaan akaun CIMB. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memudahkan komuniti luar bandar bagi yang tidak mempunyai kenderaan atas faktor tidak berkemampuan, menjimatkan masa komuniti kerana tidak perlu untuk ke bandar atau sebagainya.
Kesimpulannya, adanya program seperti ini ia mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: